Tuesday, April 28, 2009

::: SELSEMA BABI :::

Mesti semua dah sedia maklum (kalo tahu la) dengan wabak @ virus terbaru yang sedang menyerang dan melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa minggu lepas iaitu ..
SELSEMA BABI

nama saintifik: SWINE INFLUENZA H1N1

Influenza - is a virus that infects people, birds, pigs and other animals such as ferrets.



Apakah?


Satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ni yang selalunya berlegar dalam spesis babi saja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.


Kenapa kadar kematian pada babi sangat sikit?

Sebab...Babi adalah haiwan yang mempunyai antibodi yang boleh bermutasi dengan virus yang diterima oleh mereka. Oleh itu, babi bukan je tahan lasak dari segi antibodi, tapi mereka berupaya mengubah suatu virus kepada bentuk yang lebih berbahaya.Tanggal 26 April 2009, Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.


Apa simptomnya?

Simptom utama - selsema atau hidung berair, sesuai dengan namanya, selsema atau flu. Simptom lain - demam, batuk, loya-loya, sakit tekak dan cirit birit.


(tapi aku tak tahu bila simptom-simptom ni mula dikatakan selsema babi, sebab normal sangat masa-masa sekarang ni orang kena demam biasa & batuk.)




Orang ramai mengambil langkah mencegah dengan memakai topeng.




KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Putrajaya dan Serdang memeriksa penumpang yang baru tiba dari Los Angeles, Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam sebagai langkah mengawal penyebaran wabak selesema babi.-Berita Harian




Sejenis alat pengimbas suhu, termografik untuk mengesan tahap kesihatan pelawat yang datang ke negara ini akan dipasang di pintu masuk utama termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) selewatnya minggu ini bagi mencegah wabak selesema babi.



Mungkin la kan....

Mungkin kawan-kawan babi akan bertanya kepada babi, “engkau sakit apa?” dan babi akan jawab, “selsema babi”. Kawan babi akan tanya lagi, “sakit apa?”. “Selsema babi” jawab babi. “Sakit apa?” tanya kawan babi lagi buat-buat bodoh. Lalu babi pun “tension” dengan kawan dia, terus jawab dengan meninggi suara “SELSEMA LAH… BABI” Padan muka kawan babi tersebut (terima kasih kepada Petronas kerana iklan “burung murai”nya itu menjadi ikutan).


1 comment: