Wednesday, April 22, 2009

...Menyingkap istilah GANGGUAN SEKSUAL...

Terima kasih pada semua kerana sabar menunggu entry aku yang agak lambat aku post kan. Sori sangat2 sebab lately internet sangatlah bermasalah. Harap info tentang “sexual harassment” ni dapat dikongsi bersama.



Terlalu banyak sebenarnya definisi yang diberikan pada perkataan Gangguan Seksual (GS) kerana ia satu isu yang subjektif , sensitif & membawa makna yang cukup kompleks.


Hanya pada pertengahan tahun 70-han, isu gangguan seksual mula mendapat perhatian dan juga dianggap sebagai perilaku yang negatif (Wilson, 1995). Amerika Syarikat merupakan negara pertama yang menganggap GS sebagai suatu bentuk diskriminasi seksual yang patut diharamkan.


...Definisi GS...
Legal definition
unwelcome verbal, visual, or physical conduct of a sexual nature that is severe or pervasive and affects working conditions or creates a hostile work environment.”




Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Zaiton, 1990) -

"segala pertuturan, tingkah laku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual"


Gangguan seksual merupakan suatu fenomena negatif di tempat kerja yang boleh memberi kesan buruk kepada pekerja yang menjadi mangsa.


gangguan quid pro quo
iaitu apabila ketua atau penyelia mengaitkan ganjaran pekerja seperti kenaikan pangkat atau kenaikan gaji dengan pemberian faedah seksual


...Bentuk-bentuk GS...

Lisan:: teguran, komen lucah mengenai pakaian, rupa atau perbuatan, mengusik, buat bunyi yang x best dengar, pernyataan, cadangan dan percakapan yang berunsur seksual yang tak dapat diterima.



Isyarat:: menjelir lidah, menjilat bibir, memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

Visual:: Tunjuk gambar porno, lukis lakaran atau tulis something pasal seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.

Psikologikal:: Undangan sosial yang tidak diingini, mengurat yang berterusan, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu,kerap ajak menge'date.


Secara Fizikal:: Sentuhan, menepuk, mencubit, mengusap, urutan, geselan dengan tubuh badan yang tak sesuai, pelukan, ciuman & meraba

...Kesan terhadap mangsa...




  • rasa takut nak datang office
  • tak selesa & tak tenteram nak buat keje
  • hilang fokus & minat dengan keje sebab trauma emosi & mental
  • jadi paranoid dan mencurigai semua orang
  • takut tinggal sorang
  • jadi pendiam @ lemah bila terserempak dengan pengganggu

  • takut nak bersuara sebab takut kena lagi teruk
  • berhenti keje



... Al-kisah ...

(1) SMS diterima oleh seorang gadis yang sangat pendiam yang baru saja beberapa minggu diterima masuk bekerja. SMS yang tak disangka-sangka berbunyi seperti


"bleh kita berkenalan, maaf harap saya tak menganggu..saya minat kat awak, awak baik sangat" & bla bla bla.

Pada mulanya dia tak tau pun siapa yang antar SMS tu, tapi bila dah dapat tau rupa-rupanya staf lelaki dalam opis tu jugak yang mana baru je lepas putus cinta la kononnya, dia mula rasa tak senang duduk & tak selesa. Dengan keras hati si gadis tu tak reply 1 pun sms yang laki tu antar. Tapi makin hari makin meluat tengok perangai laki tu yang cuba nak dekatkan diri & dengan niat hati nak menambat hati gadis tu. hahaha.. Malangnya takde 1 pun yang berkesan. Dia langsung tak layan & sehingga satu tahap si gadis melabelkan lelaki itu seorang yang TAK BERTAMADUN.


(2) Lelaki sememangnya tak leh nampak pompuan yang cantik, montok & seksi. tapi tak sume laki yang akan terus terang kat pompuan tu. tapi ada sorang hamba Allah ni kononnya jujur sangat la nak bagitau kat orang len ..

"aku tak leh la tengok badan dia(perempuan) tu, geram!! aku leh teransang walaupun dia lalu je kat blakang aku"


Perlu ke nak bagitau sume orang yang ko suka tengok badan orang, bongok betul la.


Dalam masa yang sama dia dah malukan diri sendiri & pompuan tu. Tak cukup ngan tu ada jugak yang bagitau direct pada tuan empunya badan. Dengan dialog yang berbunyi ...


"ko ni kalo peluk mesti best kan. Badan ko mantap, tembam..Hot btul bila ko pakai baju Satin. Rasa macam nak pegang je badan ko"

Yang ini memang GS. Dia dah buatkan pompuan tu rasa tak selesa bila berdepan dengan dia. Jadi apa leh wat, JAUHKAN DIRI dari lelaki itu. kao dia dah leh sound macam tu, takut silap hari bulan dia TERpegang pulak. Dah jadi 1 hal.



... Penyebab semua ni...

Mungkinkah perilaku ni boleh dikaitkan dengan STRESS yang melanda diri si pelaku yang tak dapat dikawal olehnya. Maka dia pun dgn secara x sengaja cuba nak buang stress dengan cara tu. Hmmmm......


Mungkinkah ia terjadi kerana si pelaku cuma nak MENGAMBIL PERHATIAN.


Atau mungkinkah ada yang ingin menunding jari & berkata salah pompuan yang BERPAKAIAN SEKSI. Habis tu ape cer plak dengan mangsa yang memakai tudung labuh & memakai baju kurung sentiasa. salah diorang gak ke?

5 comments:

  1. ei..aku pantang tol dgn laki tak bertamadun cm tu..menyampah bile tgk die bajet bagus..ermm kalo die tu cm tom cruise ke, joe jones ke or atleast cm david archuleta aku xkesah...

    ReplyDelete
  2. eee.. aku xsalahkan pmpuan tu dlm soal ni..
    coz laki tu secara terang dah menunjukkan dirinya seorg yg xpandai mngawal rangsangan kecil cmtu..
    ade potensi tuk jd progol tu.. yaks!!!

    ReplyDelete
  3. good artikel babe. aku penah kene few time oledi. how i deal with it? simple: MAKE A LOUD ANNOUNCEMENT. its so happend dlm bas. this guy try to meraba perempuan sblah dier, n aku plak hampir kene, aku jerit. mmg lah bas rapid KL penuh kaw2 time tu. mmg malu la beliau ni. sebab aku jerit : MOLESTER! SUKA RABA PERREMPUAN! mase tu semua perempuan takut giler after i alert they ol.pemandu bas pun cam terkejut. haha. so girls, self defense is super duper important. at least ade pepper spray.one spray on the eye = great lesson not to kacau org!

    ReplyDelete
  4. thanx. memg padan muka lelaki tu. byk sgt kes2 mcm ni. kat mana pun leh jadi. girls need to b aware of these sexual harrasment issue!!!

    ReplyDelete